![]() |
Pokok Kapas |
Kapas juga adalah tanaman yang bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasarnya hilang setelah diproses. Ini berlaku apabila kesan protin, lilin dan lain-lain disingkirkan dan selebihnya merupakan "polimer" semulajadi daripada selulus
tulin.
Selulus ini diatur secara semulajadi yang memberikan ciri-ciri
kekuatan, ketahanan, dan daya penyerapan yang unik pada kapas. Setiap gentian ini
terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus berpilin
dalam bentuk 'spring' semulajadi yang tersusun kemas.
Apabila sarung benih bebola kapas dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper,
tergumpal, berbentuk ribon dan bercantum sesama sendiri dan
terikat. Bentuk ikatan ini sesuai dipintal menjadi benang yang bagus dan berkualiti.
Sejarah :
Terdapat bukti arkeologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun yang lalu.
Rujukan bertulis yang terawal mengenai kapas ini ditemui di India yang telah ditanam sejak 3000 tahun lalu dan dirujuk di dalam Rig-Veda, ditulis pada 1500 BC. Seribu tahun kemudiannya sejarawan agung Greek Kuno iaitu Herodotus menulis mengenai kapas India :
"Terdapat pokok yang tumbuh meliar di sana, buahnya merupakan benang bulu lebih cantik dan elok berbanding bulu biri-biri. Orang-orang India menghasilkan pakaian mereka daripada bulu pokok ini".
Pada akhir tempoh mediaeval (zaman pertengahan), kapas dikenali sebagai gentian yang diimport di utara Eropah tanpa sebarang pengetahuan orang lain selain mengetahui ia adalah berasal daripada tumbuhan, penduduk dikawasan ini biasa dengan gentian haiwan (benang bulu daripada biri-biri), mereka hanya boleh membayangkan bahawa kapas semestinya dihasilkan oleh pokok yang berbuah biri-biri.
John Mandeville, telah menulis pada tahun 1350 yang menyatakan ia sebagai fakta kepercayaan yang sekarang ini terbukti mengarut :
"Terdapat di India sejenis pokok yang mengkagumkan yang mempunyai biri-biri kenik pada hujung dahannya. Dahannya ini mudah melentur sehinggakan ia bengkok ke bawah bagi membenarkan biri-biri ini makan apabila mereka lapar."
![]() |
Pokok kapas sebagaimana dibayangkan dan dilukis oleh John Mandeville pada abad ke 14 |
Pada akhir abad ke-16, kapas ditanam diseluruh kawasan panas di Afrika, Eurasia dan Amerika. Industri pemprosesan kapas India tenggelam semasa Revolusi Industri British apabila ciptaan Spinning Jenny (1764) di perkenalkan dan bingkai pengirai (spinning frame) oleh Arkwright (1769) membolehkan penghasilan pakaian kapas secara pukal dan murah di UK. Keupayaan pengeluaran di pertingkatkan lagi dengan ciptaan (cotton gin) oleh Eli Whitney pada tahun 1793.
Di Amerika Syarikat terdapat tiga jenis tanaman yang menggunakan hamba abdi iaitu tanaman kapas, indigo dan tembakau. Selepas pembebasan (emancipation) dalam kebanyakan kes revolusi, sistem perkongsian hasil 'share cropping' di perkenalkan dan ia tidak jauh berbeza dengan sistem perhambaan.
Penghasilan :
Hari ini kapas telah dihasilkan
dikebanyakan tempat di dunia termasuk Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Australia yang menggunakan pokok kapas yang telah
dipilih khusus agar setiap pokok menghasilkan lebih banyak gentian.
Pada tahun 2002,
kapas ditanam melitupi 330,000 km persegi kawasan ladang. 47 bilion
paun (21 juta tan) kapas mentah bernilai 20 bilion US dollar ditanam pada tahun
itu.
Industri kapas banyak bergantung
kepada bahan kimia seperti baja
dan racun serangga, walaubagaimanapun sesetengah peladang
bertukar kepada model penghasilan secara organik dan pengeluaran kapas organik
bebas kimia sudah didapati sekarang ini. Dalam sejarah, salah satu perosak paling
teruk dari segi ekonomi dalam penghasilan kapas merupakan boll weevil.
Kebanyakan kapas dituai secara
mekanikal, samaada melalui pemungutan kapas atau sebaliknya,
mesin yang memetik kapas di perbuat daripada bull dan ia tidak merosakkan pokok kapas dan juga mesin penanggal kapas
yang menanggalkan keseluruhan pod / dahan daripada pokok.
Penanggal kapas secara
umumnya digunakan dikawasan yang terlalu berangin untuk menanam pokok jenis kapas dan biasanya digunakan selepas penyemburan bahan defoliant
atau defoliation semulajadi yang berlaku selepas beku. Kapas merupakan tumbuhan
tanaman sepanjang tahun dikawasan tropika dan tanpa defoliation atau pembekuan,
pokok kapas akan tumbuh sepanjang masa. Kapas merupakan rumpun keluarga okra dan hibiscus.
![]() |
Penuaian Kapas di Texas, (Baumwoll Ernte maschine) |
Logistik penuaian kapas telah diperbaiki dengan kemajuan pembina modul
mesin kapas yang memadatkan kapas yang dituai menjadi bungkusan besar, yang
kemudiannya diseliputi dengan tarpolin dan disimpan sementara ditepi
ladang.